Total Pageviews

2 January 2016

Azam Tahun Baru 2016



Apabila memasang azam,berbicaralah dengan Tuhanmu.Mohonlah pertolonganNya supaya semua azam kita itu dapat direalisasikan. Kita perlu sedar bahawa manusia hanya mampu merancang tetapi perancangan Allah lagi hebat.


Menyebut nama Allah apabila melakukan sesuatu adalah peringatan kepada kita bahawa Allahlah tempat bergantung (3:173). Ia memberi kesan tunduk patuh kepada-Nya dan amal menjadi ikhlas (22:34). Bermula dengan pencarian ilmu (96:1), sehinggalah ilmu bermanfaat itu menjadikan dirinya membuat pekerjaan yang terbaik iaitu menyeru kejalan Allah dan melaksanakan amal soleh dalam keadaan ia menyerah diri kepada Allah (41:33), maka bagi mereka ini, tiada ketakutan dan dukacita (46:13) kerana apa yang mereka inginkan adalah syurga (46:14 & 2:25).

                                                           Petikan daripada diskusi telegram grup Semat Quran


26 March 2013

Keputusan SPM 2012

Keputusan SPM telah diumumkan minggu lepas.Tahniah dan syabas diucapkan kepada mereka yang berjaya dengan cemerlang.Kepada yang kurang cemerlang, jangan putus asa dan terlalu bersedih.Bangunlah dan susun strategi baru.Jadikan kegagalan sebagai pembakar semangat menjadi lebih gigih lagi.

Nampaknya subjek Bahasa Melayu merosot.Walau apapun tahniah diucapkan kepada semua guru yang telah bertungkus lumus mendidik anak-anak. Semoga usaha murni itu diberkati Allah.

Bengkel Pemantapan Sarana Sekolah Peringkat PPW Keramat

Hari ini Pengetua,Guru Besar dan Yang Dipertua PIBG sekolah-sekolah Zon Keramat berkumpul untuk berbengkel Sarana Sekolah.Bengkel  yang diadakan di SK Setiawangsa berjalan dengan lancar dan nampaknya setiap peserta menunjukkan kesungguhan dan komitmen yang tinggi. Diharap ibu bapa dan komuniti akan lebih berperanan dalam membantu memajukan sekolah.

23 March 2013

CUTI SEMESTER SATU

Selamat bercuti semester satu.Jangan lupa siapkan kerja-kerja holiday alert